Thursday, September 16, 2010

Kisah semalam..

Semalam..semuanya tak menjadi
semalam.. buat perasaan aku bercampur baur..sedih, terharu, tekanan, gembira, kecewa, bersalah
semalam.. hari yang sepatutnya gembira bertukar menjadi suram..

kadang-kadang kekecewaan itu berlaku
pada waktu dan ketika
yang kita tidak ingin pun ia berlaku..

kadang-kadang kekecewaan itu berlaku
pada orang yang tak pernah kita sangka
akan mengecewakan kita

lumrah hidup..
tiada dugaan tiada hidup..


********************************
There is the moment that i needed the most
but when i kick up the leaves, the magic is lost..
at that time my blue skies fade to grey
and then my passion's gone away..
then i know..i dont want to carryin on for what i already plan..

starting at the moment..
the whole thing is turns out wrong
and i know that i might not make it back
i could not be so strong but at last i made it

*********************************

semoga hari semalam dan sebelumnya akan jadi pengajaran yang tak ternilai harganya
semoga hari ini dihiasi dengan pelangi indah yang bisa saja membuat kita tersenyum manja
dan semoga hari esok dan hari seterusnya akan baik-baik saja

untuk sahabat yang terbaik sepanjang hidup aku
"selamat hari jadi"
semoga senyuman sentiasa menjadi milikmu.. :)

Monday, September 13, 2010

Missing him..

The worst part of life is waiting..
The best part of life is having someone worth waiting for...

suddenly missing him so much...
please take away this feeling..
i dont have the courage to face it anymore..

Monday, July 26, 2010

Semangat itu..

semangat itu..

terima kasih sebab muncul hari ni
walau pun demam macam nak melanda kat badan ni
walaupun kerja opis menggunung tinggi

wahai semangat,
kalau kau tak muncul, mood nak buat assignment mesti tak ade lagi
mesti nak karang ayat tade hati
dan mesti aku tido sampai pagi..

oleh itu, terima kasih wahai semangat..
kerana jadikan hari aku kembali hangat..
walaupun hanya sedikit tapi memadai untuk hati ini menjadi kuat.. :)

Thursday, July 15, 2010

Tayar oh tayar...

hai.

hari ni rajin nk taip. lepas keje tadi tibe2 risau kat tayar kete. sbb aritu mase kluar ngn sarah terlanggar lobang yg sgt besar.igt dah pancit. ropenye bunyi je lebey. tapi dapat rasa yg tayar tu ade something wrong. sebelom ni tayar belakang sebelah kanan mmg selalu tade angin. la ni, tayar yg kene langgar lobang tu ( depan sebelah kiri) dah leper semacam. patu isi angin kat petronas cyberjaya. kalau bab isi angin tayar mesti tak sedap ati dan takut.sbb selalu rasa yg tayar tu akan meletup. tapi bila meter tu berbunyi tayar tak gemuk2 pon. lps tu tak kira.bila bunyi meter cabut isi balik, cabut je isi balik, isi balik je cabut balik.mane ntah dapat keberanian nk isi byk2 kali camtu. ade la dlm 10 kali bunyi. tak puas ati gi lak petronas bangi.doing the same thing. huh..i need to change the tyree..or just tampal2 the tyre..but i dont have a timee..sabtu dah masuk kelas. ahad kedai tak bukak... moral of the story, dont be afraid, kalau takut tak kemana. tgk, aku dah berjaya isi angin tayar dengan banyak kalinya! :D

Minggu ni sgt horror..apa saja yg dibuat semua tak kena.but alhamdulilah today da ok..

Alhamdulilah juge sbb yuran master dah kurang! separuh! dari 2000++ ke only 1000++.. sgt happy. boleh saving utk beli laptop? yeay!

Today jugak ex company call. wah dioffer keje balik. gaji agak tinggi. tapi datuk celcom, im sorry, kisah hitam, pahit, gelap bersama AirBB akan tersimpan abadi dalam sanubari yang memang dah lama delete dalam ingatan ini. But, thank you, untuk penghargaan itu :D

Lepas makan malam tadi, berborak ngn mak abag ngn leli. sarah aku cerita kisah kau jatuh kerusi (sori.haha) dan kisah 2 damai. mak aku gelak smpai sakit perut dan air mata mcm nk meleleh.haha. momen itu sgt best. dan bahagia tgk mak gelak sampai mcm tu.

ok.dah malam.nak tido. ;)

Thursday, July 8, 2010

Sudahkanlah..

Hari ini telah pun berlalu
namun suara itu masih kaku..

Bayangnya masih kutunggu
namun hadirnya jarang berlaku...

Harapan itu tetap ada seperti selalu
namun angin suka melenyapkan rasa itu....

Sudahkanlah cerita rindu
agar penantian itu tidak lagi pilu
dan tamat sebelum sampai hujungnya waktu...

*mode : termenung *

Saturday, July 3, 2010

nice saturday evening..

Hari ni hari sabtu.maksudnye sabtu yang terakhir utk aku lekat kat rumah. sabtu minggu depan dah melekat pulak kat uitm.wah cepatnyee T_T. tak bersedia nak sakit kepala macam dulu.siang kerja, malam pulun assignment.but its ok. another 3 sem to go.

Hari ni kat rumah je. sakit kepala asyik tido.nak masak malas.bile la nak jadi rajin ni pun tak taula.nak kluar tp besfren aku gi dating pulak.haha.aku? it's been 10 months now tanpa encek itu disini. another 3 months to go. 10+3= 1 tahun 1 bulan. just can't believe it. its been a long, cold and lonely year.hope that i'm feelin stronger everyday..

Petang ni nak pegi pasar.nak cari tudung kaler ungu yang murah :D nk beli apam comel jugak.sbb aritu tak dpt makan. lepas tu nk beli keropok.biarla gemok.patu bising2 kat org kate gemok.patu makan byk2.ish.keropok tu nnti makan time tgk bola malam ni.argentina lawan german :D. sekali jadi mcm brazil dgn italy. contoh terbaik utk ungkapan "hidup macam roda.adakala kat bawah, adakalah kat atas". Thats the price that they have to pay. menjadi pasukan pilihan sgt tertekan kot. so baiklah jadi pasukan underdog.tak tertekan.tak menjadi pilihan.kalau kalah tade tertekan sgt.kalau menang org ckp miracle. so itulah hidup yg aku pilih selama ni. sgt tak bercita2 tinggi.keh keh.tapi nk hidup simple and bahagia.soo keep it up!

to be continue ;)

Thursday, July 1, 2010

Senyum itu..

Lebih seminggu aku tak ketemu senyum itu
kemana perginya aku buntu

kini,
senyum itu telah kembali
tiada lagi yang kurang pada setiap pagi
tetaplah wahai hati
untuk terus bertahan sehingga saat ini

semoga kebahagiaan bersama-sama kita
dan takkan pernah hilang walau seketika

Thank you Allah :)

Monday, June 28, 2010

How can i not love u..

It's been a week
Im alone..
When I'm looking at the star, wish that i could hold it tight
But it's too far away..and it gone when the sun is rise..

How can i not love you
What do i tell my heart
When do i not want you here in my arms
How can i not miss you
When you are gone..

http://www.youtube.com/watch?v=lVM11iZh70I&feature=related

Just tell me what should i do..
What should i do..

Saturday, June 26, 2010

Apam comel..

Takde apa2 kelebihan pun pada apam tu..apam tu cuma apam biasa yg sentiasa comel dan sedap bagi aku.. dan pada satu hari aku beli apam comel tu sbb mmg tak sangka kakak opisku jual..kebetulan mmg aku nk makan apam tu, harga apam tu 3.80 tapi..duit tak cukup, dalam dompet cuma ada note 50 hinggit dengan 2 keping note 1 hinggit beserta duit syiling yg sikit.. berusaha jugak untuk beli dan habis sudah korek syiling tapi tak cukup 20 sen..terpaksa pinjam jiran aku..akhirnye dapat pegang apam comel tu.. sangat bahagia :)

balik rumah suruh mak letak dalam periuk nasi supaya dapat makan cepat malamnya..tapi malam itu adalah malam yg sedih..sgt sedih..langsung lupa pada apam tu..sbb tak berani kluar bilik, muka lebam macam buah epal yg lebam...dua hari selepasnya baru teringat pada apam tu..msg mak kat hp tanya apam tu ada lagi kan..tapi mak ckp apam tu dah abes..air mata mcm nk menitik..dan mmg menitik..erm apam je pun tapi kenapa sedih sgt..
aku dah beli, dah pegang, dah rasa bau apam tu...tapi syg aku tak dapat makan..baru aku faham.. dalam hidup pun sama..kita dah pegang dia, dah tau dia milik kita..tapi syg, kita tak pernah dapat dia..mungkin hatinya...